BANGI, Ahad – Ramai netizen menyatakan rasa marah dan kecewa mereka apabila larian dipercayai berunsurkan LGBTQ diadakan di Kota Tinggi, Johor.
Program larian di Johor itu didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT).
Kerajaan Johor sudan menafikan ia anjuran mereka dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menggugat kedaulatan Islam di negeri itu.
Terdapat juga netizen yang kesal kerana larian itu mencemarkan rukun negara dan tidak beradab di negara ini.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri dilaporkan memohon pihak berkuasa menyiasat program itu dengan beliau difahamkan acara asalnya adalah Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang dianjurkan sebuah persatuan.
Bagaimanapun, beliau berkata menerusi foto yang tular didapati peserta program terbabit berpakaian tidak sopan, malah ada yang separuh bogel dan mempromosi LGBT.
Terdahulu, tular satu video berdurasi tujuh saat dan beberapa gambar menerusi laman sosial memaparkan mengenai acara larian itu termasuk persembahan tarian di sebuah hotel di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment