NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adakah retorik ‘maha kaya’ dicipta tutup kelemahan Anwar? soal Wan Saiful

Wan Saiful Wan Jan berkata Anwar Ibrahim perlu menjelaskan lebih lanjut berhubung takrifan gelaran ‘maha kaya’.



KUALA LUMPUR
Seorang Ahli Parlimen pembangkang meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan secara terperinci kelompok yang dilabel dengan gelaran ‘maha kaya’.

Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) secara sinis mempersoalkan sama ada retorik ‘maha kaya’ itu dicipta hanya untuk menutup kegagalan Anwar dalam mentadbir negara yang semakin hari jelas terlihat.

“Berapa lama lagi retorik dan propaganda nak dipergunakan untuk menutup hakikat bahawa sebenarnya negara kita ini sedang dilanda pelbagai masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan?

“Apa definisi sebenar maha kaya? Adakah seseorang yang mampu hidup mewah walaupun tak ambik gaji selama tiga tahun itu maha kaya?

“Adakah orang yang jadi jutawan setelah jadi setiausaha politik itu maha kaya? Atau adakah suami isteri yang bekerja sebagai penjawat awam gred 52 saja sudah menjadi isi rumah maha kaya? Siapa maha kaya ini sebenarnya?,” soal Wan Saiful ketika perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, Anwar yang juga menteri kewangan kekal dengan pendirian untuk tidak mengambil gaji bagi jawatan disandangnya sejak November 2022 selagi ekonomi negara tidak pulih.

Dalam belanjawan itu, Anwar turut mengumumkan pengurangan subsidi secara berperingkat bagi pendidikan dan kesihatan awam bagi golongan berpendapatan tertinggi (T15).

“Menyalahkan golongan maha kaya ini seolah-olah memberi gambaran bahawa salah untuk jadi kaya,” tambah Wan Saiful.

Dalam pada itu, beliau berpandangan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 adalah relevan namun kaedah pelaksanaannya dilihat tergesa-gesa memandangkan masih banyak perusahaan kecil sederhana (PKS) terbeban dengan kos operasi sedia ada.

Beliau mencadangkan pelaksanaan kadar baharu gaji minimum yang dikuat kuasa pada Februari tahun depan ditangguhkan sehingga masalah dihadapi PKS kini diselesaikan terlebih dahulu.

Selain itu, beliau meminta kerajaan memastikan kontrak di semua kementerian dan agensi dinaikkan kadar bayaran sebelum gaji minimum baharu dilaksanakan.

“Ini supaya kontraktor keselamatan, kebersihan, pembinaan dan lain-lain kontraktor kepada kerajaan ada dana yang cukup untuk menampung kenaikan kos akibat kenaikan gaji minimum ini.

“Kontraktor kerajaan mesti dibayar dengan kadar baru mengikut gaji minimum baru, sebaik saja gaji minimum baru ini dimulakan.

“Kita tak mahu jika tahun depan gaji minimum naik, kontraktor kecil dan sederhana terpaksa bayar ikut kadar gaji minimum baru, tapi bayaran yang mereka terima dari kerajaan pula tidak mengikut kadar gaji baru,” katanya.

Kadar gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb tahun depan, bagaimanapun syarikat kurang lima pekerja mendapat penangguhan selama enam bulan.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo