NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada sesuatu tak sihat dalam isu tahan 600 kanak-kanak GISBH – Nizam



PUTRAJAYA – Penahanan hampir 600 kanak-kanak berusia tujuh bulan hingga 17 tahun dari Global Ikhwan Sdn. Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang dikaitkan dengan isu mangsa pengabaian, amang seksual dan perbuatan cabul seperti liwat didakwa sesuatu yang tidak sihat.

Pemerhati undang-undang, Nizam Bashir berkata, penahanan kanak-kanak itu yang kini melepasi tempoh sebulan dilihat bercanggah dengan undang-undang serta Artikel 5 dan Artikel 8, Konvensyen Hak Kanak-Kanak.

“Tahanan tersebut bagi saya tidak menepati hak kekeluargaan ibu bapa dan apa-apa hak yang dijamin di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak.

“Dalam konvensyen itu juga, (penahanan ini bertentangan) Artikel 5 dan Artikel 8, hak kekeluargaan, hak untuk ibu bapa berhubung dengan anak-anak tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, jurucakap Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam satu Op Global pada 11 September lalu.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik GISB Holdings.

Menurut Nizam, pemisahan kanak-kanak daripada ibu bapanya merupakan suatu perkara yang amat serius dan ia perlu dijawab oleh pihak pentadbiran iaitu kerajaan khususnya pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ada dua persoalan yang saya rasa amat penting untuk diajukan dan perlu dijawab oleh pihak pentadbiran. Pertama sekali sama ada pemisahan anak-anak tersebut daripada ibu bapa memanfaatkan anak-anak tersebut.

“Kedua, sama ada ia wajar untuk anak-anak tersebut ditahan, seolah-olah anak-anak tersebut ada buat salah laku.

Selain itu, katanya, kerajaan tidak menyedia dan memudahkan proses pengenalpastian lokasi anak-anak tersebut.

“Ramai ibu bapa yang saya jumpa tak tahu di mana anak-anak mereka, yang saya baca dalam surat khabar, ada menteri kata ibu bapa kena bawa sijil beranak.

“Sebulan sudah berlalu, siasatan kononnya dilakukan, ibu bapa pun tak tahu. Kesemua yang berlaku dalam kes ini ada unholy haze iaitu pihak pentadbiran melakukan dan mengambil langkah secara tergesa-gesa.

“Trauma yang diakibatkan kepada anak-anak tersebut bagi saya jauh daripada apa yang perlu dibuat sebenarnya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran hampir 600 kanak-kanak itu ditahan lebih sebulan lalu sedangkan hanya beberapa individu sahaja yang didakwa atas kes penderaan.

“Statistik yang saya nampak senang sahaja, berapa pihak yang didakwa atas deraan? Lebih 600 anak ditahan, yang didakwa setakat ini cuma dua tiga orang sahaja atas isu dera.

“Jadi kenapa 600 anak itu ditahan? Ada perkara yang tidak sihat berlaku dalam kes ini dan apa yang berlaku bercanggah dengan undang-undang dan sebab itu saya ke depan, ada perkara yang tak sihat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo