NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ubat antiviral mpox tiba di Malaysia, terhad untuk golongan risiko tinggi

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, ubat antiviral dan vaksin mpox akan dihadkan kepada mereka yang menghidap penyakit teruk atau mempunyai sistem imun yang lemah.




PETALING JAYA
Kumpulan pertama ubat antiviral mpox Tecovirimat, telah tiba di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Dalam catatan di platform media sosial X, Dzulkefly berkata, ubat itu akan dihadkan kepada individu berisiko tinggi yang menghidap penyakit teruk atau sistem imun yang lemah.


Menteri itu berkata, kerajaan juga telah memuktamadkan perjanjian mengenai vaksin mpox, dan kementeriannya kini sedang menunggu vaksin itu dihantar.

Menurutnya, vaksin itu juga akan dihadkan kepada kumpulan berisiko tinggi.

Dzulkefly berkata, tiada kes mpox baharu dilaporkan sepanjang minggu lepas, namun pengawasan tetap diteruskan.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan satu kes mpox pada 16 Sept, dengan pesakit dikesan positif dijangkiti subvarian Clade 2.

Pesakit itu mula mengalami demam, sakit tekak dan batuk pada 11 Sept dan ruam pada hari berikutnya. Dia tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dalam tempoh 21 hari sebelum mengalami gejala-gejala tersebut.

KKM berkata, pesakit itu diasingkan di dalam wad dan berada dalam keadaan stabil. Kontak rapatnya telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka sedang dipantau.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Now we have news from people in Malaysia, Datuk Yip Kum Fook and his team removed several bloggers and websites from the internet because some told and shared that he did wrong and made mistakes with people in the past, he had bad thoughts and he paid money to someone who did that

    Simon Low Kok Meng is an assistant to Datuk Yip Kum Fook to do such things, anyone should be careful because these people only see money, they don't care about the suffering or difficulties of others, many people lose important documents or data on the internet

    Anyone who has any problems, please report them to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and the police station, they have caused problems for many people in Kepong.

    By Jeffery & Michael Cheng, Taman Desa Jaya, Kepong
    Shared by Ong Loke Meng, Dato' Dr. Teh Siew Guan, William, DSPN, Dato' Dr. Cheong Yew ... Loh Kok Beng, Dr. Loo Yock Chon, Dr. Lou Kean Keong, Dr. Low Chin Soon

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo