NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim sepatutnya cuti terus dari DUN Cheka – Kamil



KUANTAN – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disarankan bercuti terus daripada menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) Cheka dan bukannya mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicutikan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata, Tuan Ibrahim dilihat gagal memberi khidmat bakti kepada rakyat di kawasan Cheka kerana mempunyai dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang perlu dijaga.

”Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahamd Zahid Hamidi tidak tamak  menjadi Adun dan MP di negeri yang berbeza,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim bahawa Ahmad Zahid perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Selain menjadi ADUN Cheka, Tuan Ibrahim merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Menurut Mohd Kamil, kerajaan negeri ini terpaksa melantik penyelaras DUN di bawah Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi perkhidmatan di DUN Cheka kerana kegagalan Tuan Ibrahim memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan itu.

”Saya cabar Tuan Ibrahim nyatakan berapa kali sebulan dia balik ke Cheka? Dan nyatakan apa perkhidmatan yang telah beliau laksanakan di Cheka? Berapa ramai orang yang telah beliau bantu sebagai Adun Cheka?

”Yang sepatutnya berhenti terus dan bukan bercuti adalah Presiden Pas Hadi Awang dan Tuan Ibrahim itu sendiri. Selain daripada tidak memberi perkhidmatan kepada rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo