NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak MoU, Muhyiddin dakwa ‘identiti lain’ merujuk kumpulan LGBT

Muhyiddin Yassin mendakwa draf MoU peruntukan pembangkang disediakan kerajaan sebagai tidak berperlembagaan dan bertentangan nilai murni.



PETALING JAYA
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa komponen itu antara lain menolak draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang kerana turut membawa elemen bertentangan nilai moral serta agama seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dakwa presiden Bersatu itu, antara syarat terbabit ditetapkan antaranya menghalang Ahli Parlimen PN membuat kenyataan ‘mendiskriminasi mana-mana pihak sama ada atas dasar agama, kaum atau apa-apa faktor identiti yang lain’.

Ahli Parlimen Pagoh terbabit turut mendakwa ‘identiti yang lain’ dalam syarat kesepuluh dalam MoU itu merujuk kepada kumpulan LGBT.

“Adakah ini bermakna sekiranya Ahli Parlimen PN bersetuju dengan draf MOU ini, maka mereka tidak boleh menentang sebarang dasar atau undang-undang mungkin akan digubal kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan perlakuan LGBT pada masa hadapan?


Bagi saya MoU ini tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan nilai murni menjadi pegangan rakyat Malaysia,

 katanya dalam kenyataan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkongsi draf MoU terbabit selepas ditolak pembangkang yang mendakwa beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Fadillah berkata draf MoU berkenaan didedahkan agar rakyat sendiri boleh menilai dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin turut menyifatkan tidak betul untuk menganggap kenyataan berkait kaum, agama, raja (3R) sebagai satu kesalahan dan menyebar kebencian sehingga mengekang mana-mana wakil rakyat bercakap mengenainya.


Negara ini dibina di atas persefahaman antara kaum atau kontrak sosial yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai peruntukan khusus mengenai hak-hak kaum, agama Islam dan Raja-Raja Melayu,

 katanya.

Menurutnya, kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah serta Sarawak dan hak kaum lain, selain Islam sebagai agama persekutuan telah dijamin perlembagaan.

Turut menjadi asas perlembagaan termasuk bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan pewujudan Majlis Raja-Raja dan kebebasan setiap individu mengamalkan agama masing-masing secara aman.

Apa hak kerajaan PH-BN menghalang Ahli-Ahli Parlimen PN daripada memperjuangkan perkara telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi suara mereka di Dewan Rakyat?,

 katanya mendakwa MoU itu mempunyai niat tersirat mengekang kebebasan Ahli-Ahli Parlimen.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo