NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tinggal 2 hari lagi PRK DUN Mahkota, DAP giat raih undi Cina



KLUANG – DAP giat berusaha meraih undi pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan menghantar mesej calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah bakal wakil rakyat terbaik yang akan berkhidmat tanpa mengira kaum dan bangsa.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, jenteranya bersama-sama jentera Kerajaan Perpaduan sedang berusaha meyakinkan pengundi Cina berkenaan perkara itu ketika ini.

“Kita akan fokus kepada kesesuaian calon kita (Syed Hussien) untuk mewakili pengundi di sini (Mahkota).

“Kami akan berusaha untuk menyampaikan mesej kepada pengundi Cina khususnya, bagaimana beliau akan berkhidmat dengan baik kepada pengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah kelompok Perpaduan di sini malam tadi.

Beliau berkata, DAP yakin konflik melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh bukan fokus utama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, isu yang lebih penting adalah bagaimana calon BN boleh memberikan idea yang bernas dan memberi solusi dasar yang bagus untuk DUN Mahkota.

“Fokus PRK ini adalah untuk pilih calon yang boleh berkhidmat untuk pengundi-pengundi Mahkota dan Syed Hussien adalah calon terbaik. Saya memang yakin calon Perpaduan adalah calon yang terbaik untuk pimpin kawasan ini.

“Saya rasa kita akan fokus kepada kejayaan kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri, dan itulah menjadi fokus untuk raih kepercayaan dan yakinkan pengundi,” ujarnya.

Terdahulu, isu Teresa dan Dr Akmal menimbulkan ketegangan sehingga timbul dakwaan pengundi Cina akan protes untuk tidak keluar mengundi pada 28 September ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ini menyaksikan pertembungan Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang merupakan bekas pemain bola sepak Johor.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo