NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada cadangan laksana PKP kekang Mpox, kata menteri

Sehingga semalam, Singapura dilaporkan mencatat 15 kes Mpox manakala setakat ini, Malaysia kekal dengan sembilan kes yang direkodkan pada akhir tahun lepas. 



SUNGAI BULOH
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang melaksanakan sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan cacar monyet (Mpox) sepertimana dilakukan semasa wabak Covid-19 kira-kira empat tahun lepas.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas ujian saringan dijalankan terhadap 6.2 juta pengembara yang masuk ke negara ini mendapati kesemuanya negatif.

Beliau berharap situasi Mpox dalam negara tidak dibandingkan dengan negara jiran, Singapura, untuk mengelakkan timbul suasana menggusarkan.

“Saya sebagai menteri kerap diasak meningkatkan prosedur operasi standard (SOP). InsyaAllah, jangan risau, tidak akan ada PKP seperti ketika era wabak Covid-19.


Namun saya juga mahu ingatkan, kita jangan terlalu selesa kerana kita tahu (jangkitan) virus ini,

 katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKM Suriani Ahmad; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsuddin dan Pengarah ILKKM Sungai Buloh Robert Wong Kim Han.

Sehingga semalam, Singapura dilaporkan mencatat 15 kes Mpox manakala setakat ini, Malaysia kekal dengan sembilan kes yang direkodkan pada akhir tahun lepas.

Sementara itu, pada sidang media, Dzulkefly mengesahkan bahawa 52 kes disyaki virus Mpox adalah negatif.


Ini termasuk melibatkan saringan di pintu masuk antarabangsa laut, udara dan darat. Sehingga hari ini, Alhamdulillah, kita tidak lagi mendapat satu kes positif daripada mereka yang kita syaki,

 katanya.

Beliau turut memaklumkan, KKM sedang melaksanakan proses pemerolehan antiviral Mpox.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada golongan rentan serta imuniti rendah sekiranya perlu bagi mengelak virus itu menular.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata, tiada pertindihan fungsi dalam senarai badan berkanun bawah KKM.


Badan berkanun tak banyak, kita ada beberapa agensi sahaja. Saya pasti kita tidak ada pertindihan termasuk dari sudut pentadbiran (tetapi) kalau ada, kita akan ambil program rasionalisasi dan konsolidasi,

katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan menjimatkan dana negara.

Selain itu, Anwar berkata, sekretariat itu juga akan memastikan tiada pegawai awam menggunakan jawatan untuk melakukan perbuatan curang, selaras dengan usaha kerajaan melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo