Menurut Adam, kerajaan semasa terbentuk hasil rundingan terbuka dan disahkan melalui undi percaya di Dewan Rakyat.
Justeru, katanya, jika wujud rasa tidak puas hati dan ragu-ragu terhadap keabsahan kerajaan, pembangkang harus membangkitkannya di Dewan Rakyat, bukan hanya berpolitik secara berlebihan di luar.
Jika ada hasrat mendesak PMX (Anwar Ibrahim) melepaskan jawatan, sila bawa ke Dewan Rakyat, bukan hanya di Dewan Pemuda atau Sidang Muktamar, katanyadalam kenyataan.
Gegak-gempita tanpa tindakan wajar tidak membawa sebarang hasil. Hanya riuh dan hingar untuk menimbulkan suasana bingit dalam medan politik tempatan.
Terdahulu, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mencabar kerajaan membebaskan Ahli Parlimennya daripada ‘perjanjian’ yang mengikat mereka sebelum mahu pembangkang mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar.
Beliau berkata demikian susulan ucapan Anwar yang mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Jika benar-benar anak jantan, bebaskan Ahli-ahli Parlimen dari semua perjanjian yang mengikat, beri mereka kebebasan mengundi mengikut pilihan sendiri,katanya di Facebook.
Adam bagaimanapun menempelak Fadhli yang masih tajam mengkritik perdana menteri walaupun kawasan Parlimennya antara yang mendapat ‘peruntukan agak sihat’ menerusi belanjawan dan inisiatif kerajaan yang lain.
“Penyaluran segala bentuk bantuan dan pembangunan infrastruktur yang berterusan harus dilihat sebagai tanda bahawa kerajaan Madani tidak mengulangi resmi lama di mana kawasan pembangkang terus-menerus ditekan dan dibantutkan dari segi pembangunan ekonomi dan sosial sehingga menjerut rakyat.
Ini norma baharu bawah kerajaan Madani yang perlu diakui semua,katanya.
Adam turut menegaskan, kerajaan terbuka untuk berunding, namun pembangkang kerap menolak sebarang usaha untuk kerjasama.
Tambahnya, ‘serangan-serangan’ terhadap kerajaan semasa dilakukan antara lainnya atas dasar berpolitik dan keinginan untuk kembali berkuasa.
Tangan terus dihulur tanda kesediaan untuk menjalin kerjasama, sayangnya sering ditepis dengan kasar. Perjanjian persefahaman yang ditawarkan pun terus ditolak,katanya.
Kita simpulkan sahaja bahawa serangan-serangan yang dituju sekarang tidak lain hanya atas dasar mahu terus berpolitik tanpa sudah, kekecewaan ke atas diri sendiri, sindrom penafian, dan keinginan untuk kembali berkuasa semata-mata.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment