- Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok digesa menarik balik kenyataan sensitifnya berhubung isu cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata tidak sepatutnya Teresa ‘cepat melatah’ membantah cadangan berkenaan memandangkan ia masih di peringkat cadangan.
- “Langkah ini, jika dilaksanakan, sama sekali tidak akan bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya mahupun mengganggu hak beragama sesiapa, kerana konsep halal yang bersifat universal.
- “Pensijilan halal ke atas produk makanan kini diamalkan di seluruh dunia termasuk negara-negara yang umat Islam minoriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Sabtu.
- Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
- Beliau berkata langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
- Mengulas isu sama, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda dilaporkan berkata Teresa sebaiknya menarik balik kenyataan beliau yang memalukan dan memohon maaf untuk menamatkan polemik itu.
KUALA LUMPUR — Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok digesa menarik balik kenyataan sensitifnya berhubung isu cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menyifatkan cadangan itu sebagai perkara positif, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata tidak sepatutnya Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh ‘cepat melatah’ membantah cadangan berkenaan memandangkan ia masih di peringkat cadangan.
Faiz berkata penyokong kerajaan seharusnya menggunakan saluran lain yang lebih sesuai untuk menyatakan pandangan kerana menggunakan saluran media berkaitan isu sensitif melibatkan perkara dasar dan hukum Islam tidak disentuh secara umum.
“Laporan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mempertimbangkan cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol adalah satu cadangan yang positif.
“Langkah ini, jika dilaksanakan, sama sekali tidak akan bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya mahupun mengganggu hak beragama sesiapa, kerana konsep halal yang bersifat universal.
“Pensijilan halal ke atas produk makanan kini diamalkan di seluruh dunia, termasuk negara-negara yang umat Islam minoriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Sabtu.
Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Beliau berkata langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Ini susulan laporan media mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Mengulas isu sama, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda dilaporkan berkata Teresa sebaiknya menarik balik kenyataan beliau yang memalukan dan memohon maaf untuk menamatkan polemik itu.
Beliau berkata pemimpin DAP yang bukan beragama Islam sewajarnya tidak membuat sebarang komen berkaitan dengan umat Islam.
“Ini disebabkan kadang-kadang dia tidak faham perkara-perkara teknikal walaupun dari satu sudut, ada bangkitkan peniaga kecil.
“Tapi disebabkan sentimen (atau) persepsi sekarang ini, bila pemimpin bukan Melayu daripada DAP komen, itu sebenarnya sensitif bagi orang Melayu-Islam,” katanya dipetik media tempatan pada Ahad.
Dalam pada itu, Teresa dijangka memberi keterangan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada jam 10 pagi esok bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya berkaitan isu sijil halal. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment