NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanpa jawatan parti, Kon Yeow sukar pertahan jawatan Ketua Menteri



KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy meramalkan Chow Kon Yeow sukar untuk mempertahankan jawatan Ketua Menteri sehingga habis penggal sekiranya tidak mempunyai jawatan dalam parti.

Pengerusi Urimai itu mengulas pengumuman Kon Yeow yang tidak mahu bertanding pada pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, 22 September ini.

Ramasamy berpendapat, ADUN Padang Kota itu sepatutnya bertanding dan mempertahankan jawatan Pengerusi yang dipegangnya sejak 25 tahun lalu.

“Semua pihak perlu ingat, Kon Yeow telah lama menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang dan selalu mendapat undian tertinggi setiap kali bertanding, kerana itu juga beliau sentiasa kekal jawatan itu.

“Tapi sejak kebelakangan ini, setahun dua ini, beliau banyak berdepan masalah dengan pihak-pihak yang cuba menyingkirkannya termasuklah dalam isu pentadbiran negeri. 

“Terdapat kuasa politik dalam DAP yang bersekutu dengan satu sama lain atau wujudnya satu dua pemimpin mahu singkirkan beliau. 

“Ada juga khabar angin kononnya beliau akan dikalahkan pada pemilihan DAP Negeri Pulau Pinang kali ini,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau. 

Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memberikan jaminan Kon Yeow akan terus memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga akhir penggal ini dan keputusan tidak bertanding tidak memberi apa-apa kesan. 

Kon Yeow mendedahkan telah menerima surat makluman mengenai pencalonannya daripada DAP Pusat pada 27 Ogos lalu, namun memutuskan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Bagaimanapun dakwa Ramasamy, Kon Yeow tidak akan melalui jalan mudah meskipun jaminan telah diberikan. -MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo