NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat layang tidak beri kesan kepada calon BN - Ahmad Zahid



PUTRAJAYA - Penyebaran surat layang yang mendesak pengundi Cina supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini tidak memberi kesan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seluruh jentera membabitkan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bertungkus lumus untuk memastikan semua pengundi keluar menunaikan kewajipan mereka pada 28 September ini.

"Semalam, perkara itu dibawa oleh Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) kepada saya sebab saya berada di DUN Mahkota.

"Didapati ia (penyebaran surat layang) tidak ada pengaruh dan tidak mempengaruhi pengundi Cina," kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara serta sesi libat urus 66 syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta bersama 12 kementerian di sini pada Isnin.

Ahmad Zahid juga berkata, beberapa usaha dilakukan bersama parti komponen untuk memastikan pengundi terutama golongan Cina keluar mengundi agar peristiwa semasa PRK DUN Sungai Bakap tidak berulang.

Beliau berkata, ini kerana terdapat pengundi tinggal di luar DUN Mahkota iaitu di DUN Mengkibol atau di luar daerah Kluang malah ramai yang bekerja di Johor atau Singapura.

Pada 21 September lepas, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada DAP mendakwa terdapat perbuatan memasukkan surat layang ke dalam peti surat bagi meminta pengundi Cina menolak calon UMNO iaitu Syed Hussien Syed Abdullah.

Shu Qi mendakwa surat itu ditulis dalam Bahasa Cina dan bertajuk Seruan kepada pengundi dalam pilihan raya kecil Mahkota: Kami harap untuk melihat layanan adil untuk semua rakyat di Johor. - Bernama









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo