Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda menerima permohonan itu atas nama ukhuwah sesama Islam serta bangsa Melayu.
Beta tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan kita sesama umat Islam hendaklah sentiasa memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu ikhlas di dalam permohonan maafnya,
titahnya dalam warkah dikeluarkan Istana Alam Shah.
Baginda juga menasihatkan Sanusi sentiasa menjaga pertuturan serta tatasusila dan jangan terlalu beremosi sehingga menggunakan perkataan yang tidak baik terutama di Selangor.
“Beta tidak mahu rakyat khususnya di Selangor terpengaruh dan terbiasa mendengar kata-kata yang kesat dan tohmahan yang tidak berasas terutama sekali daripada golongan pemimpin.
Kelakuan dan tutur kata baik ini amatlah penting untuk masa depan karier politik Dato Seri,
titahnya.
Sebagai seorang pemimpin, Dato’ Seri harus memikirkan kesan akan diperolehi dari setiap tindak tanduk telah dilakukan.
Semalam, Sanusi memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan ucapannya dalam satu ceramah di Selangor, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.
Pemimpin PAS itu menyuarakan rasa kesal terhadap kenyataannya kerana memberi kesan negatif, serta sedar tindakannya menimbulkan rasa tidak selesa, mengguris hati dan perasaan Sultan Selangor.
Permohonan ampun berkenaan kali kedua selepas perkara sama dibuat pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu kepada baginda, pada Julai 2023.
Pada 29 Feb lalu, Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan menyebut perkataan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.
Beliau dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai tahun lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment