Steven Sim (kiri) dan Hui Ying (kanan) ketika membuang undi pada pemilihan DAP Pulau Pinang, pada Ahad. |
GEORGE TOWN - Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong diumumkan sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu selepas dipilih Jawatankuasa DAP negeri yang baharu pada Ahad.
Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menggantikan Chow Kon Yeow yang telah menerajui parti itu sejak 25 tahun lalu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mendapat undian tertinggi pada pemilihan yang diadakan pada Ahad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Negeri.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Yeoh Soon Hin yang kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) pula dilantik sebagai naib pengerusi.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying yang juga adik kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng pula mengekalkan kedudukannya sebagai setiausaha.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment