NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seorang ahli GISBH didakwa esok




PETALING JAYA
Seorang ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dituduh di mahkamah Putrajaya esok.

Polis Kuala Lumpur berkata, tuduhan terhadap suspek lelaki itu dijangka dilakukan pada 8 pagi.


Satu kes pertuduhan terhadap seorang lelaki daripada kumpulan GISBH di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan esok,

 katanya dalam kenyataan dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan 172 daripada 402 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global di 20 rumah amal di sekitar Selangor serta Negeri Sembilan menerusi Op Global disyaki dieksploitasi sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal, emosi.

Op Global pada 11 Sept itu turut menahan 159 individu membabitkan 39 lelaki dan 120 wanita.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dilaporkan berkata, mendedahkan hasil saringan kesihatan terhadap mangsa mengesan lima elemen jenayah iaitu penderaan fizikal dan emosi, pengantunan seksual kanak-kanak, buruh kanak-kanak, pengabaian kanak-kanak serta pembesaran malnutrisi.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo