KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu mengambil langkah bijak agar isu sijil halal yang dibangkitkan Naib Presiden DAP, Teresa Kok dapat diselesaikan dengan bijaksana agar tidak menjejaskan kemenangan UMNO di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan, Ahmad Asri Talib berkata, beliau bimbang isu ini akan menghalang kelancaran kemenangan mudah kepada penyandang kerusi UMNO dalam Barisan .
Apatah lagi menjadi harapan oleh Pengerusi UMNO sendiri untuk semua jentera parti politik Kerajaan Perpaduan ada untuk PRK DUN Mahkota ini supaya kemenangan yang akan dicapai ialah kemenangan yang signifikan.
Namun, katanya, apabila tercetusnya teguran amat pedas oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyelar Teresa kerana mempersoal cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal dan menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh itu sebagai ‘nyonya tua’ serba sedikit dapat menjejaskan kepercayaan pengundi di PRK Mahkota itu nanti.
Lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.
“Semua isu ini, sudah tentunya pihak pembangkang yang memang sinonim dengan mempermainkan isu 3R dapat menjadikan isu halal ini sebagai senjata utama mereka,” ujarnya.
Selain itu, katanya, para pengundi termasuk bumiputera juga perlu dijaga dari segi hal ehwal kefahaman Islam tentang isu sebenar, bukannya dengan jawapan yang tidak sopan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment