NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas 'pusat jagaan' terkait ajaran sesat dibongkar, kelewatan lebih sedekad cetus persoalan



Polis dijangka melakukan lebih banyak serbuan di seluruh negara susulan operasi yang menyelamatkan ratusan kanak-kanak baru-baru ini yang menjadi mangsa eksploitasi seks di pusat jagaan milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), sebuah syarikat yang dikaitkan dengan sebuah kumpulan ajaran sesat yang diharamkan pada 1994. 

Serbuan polis di bawah "Ops Global" di Selangor dan Negeri Sembilan mengejutkan negara apabila mendapati lebih 400 kanak-kanak berusia tujuh bulan hingga 17 tahun menjadi mangsa pengabaian, amang seksual dan perbuatan cabul.

Namun lebih menghairankan ialah pendedahan bahawa aduan polis terhadap GISBH telah pun timbul seawal 2011. 


Kelewatan untuk bertindak itu turut mendapatkan perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), menggesa pihak berkuasa tempatan turut diberi kuasa untuk memantau rumah kebajikan.

"CC amat terkilan kerana rumah-rumah amal tersebut berjaya beroperasi
bertahun lamanya tanpa dapat dikesan aktiviti tidak bermoral yang dijalankan," kata Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Dr Farah Nini Dusuki.

GISBH merupakan syarikat yang kerap dikaitkan dengan bekas ahli kumpulan Al-Arqam yang pernah diharamkan di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 1994.

Bagaimanapun, syarikat itu yang bernilai ratusan juta ringgit dengan rantaian aneka perniagaan di 20 buah negara dan pemilikan aset seperti hotel dan restoran, menafikan tuduhan ia terlibat dengan eksploitasi kanak-kanak, menyifatkannya usaha bersifat "prasangka, fitnah dan berniat jahat untuk mewujudkan persepsi negatif".

"Kami berdoa kepada Allah swt agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan, mudah-mudahan kita semua dapat hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling bantu membantu dalam membina masyarakat Madani seperti yang dicita-citakan oleh pimpinan negara Malaysia yang tercinta ini," katanya dalam kenyataan.


Pada Rabu, polis mendedahkan butiran bagaimana kanak-kanak dicabul malah dipaksa meliwat kanak-kanak lain di pusat jagaan yang dikendalikan GISBH.

Penghuni kanak-kanak turut didakwa diliwat oleh penjaga.


Ketika dihubungi MalaysiaNow, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Nancy Shukri enggan mengulas lanjut mengenai status "pusat jagaan kanak-kanak" tersebut, sekadar memberikan jawapan teks ringkas ini: "Mohon berurusan dengan pihak polis."

Dalam serbuan di 18 premis dipercayai milik GISBH, seramai 171 suspek berusia antara 17 hingga 64 turut ditahan. 

Kecoh di media sosial

Keraguan mengenai aktiviti di pusat jagaan yang terbabit sekali lagi menjadi perhatian apabila ia mula disuarakan menerusi hantaran-hantaran di media sosial sejak beberapa bulan lalu. 

Pada Februari tahun ini, pempengaruh Ariz Ramli, lebih dikenali sebagai Caprice, mendedahkan butiran pelbagai kekejaman dan amalan pelik di rumah kebajikan yang dikendalikan oleh sebuah kumpulan ajaran sesat, walaupun GISBH tidak dinamakan.

Bulan lalu, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin melabelkan GISBH sebagai kumpulan "gengsterisme agama".

Sebuah laman Facebook bertajuk "Scam No One" merupakan antara akaun paling aktif membongkarkan kegiatan penipuan dana dan buruh paksa di pusat jagaan GISBH.

GISBH juga dituduh menjalankan proses indoktrinasi melampau tentang pemimpin utama kumpulan itu selain kanak-kanak dipaksa mengaku sebagai "yatim piatu" bagi mendapatkan sumbangan dana awam. 


Beberapa gambar juga tular menunjukkan kanak-kanak "berkhidmat" bekerja sebagai pelayan katering dan pembuat roti di sebuah kilang di Miri, Sarawak. 

Ashaari Mohammad.
Ashaari Mohammad.

GISBH dalam formatnya sekarang didaftar pada 2013 oleh bekas pengikut Al Arqam, kumpulan "dakwah" diasaskan oleh Ashaari Mohammad yang aktif melibatkan diri dalam perniaagan. 

Kumpulan itu diharamkan kerajaan pada 1994, dan beberapa pemimpin atasan termasuk Ashaari, yang dikenali sebagai "Abuya" oleh pengikutnya, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengharaman Al-Arqam itu bagaimanapun dilihat tidak berjaya memadamkan aktiviti dan ideologi kumpulan itu, di mana pengikut hidup dalam perkampungan dan komuniti dengan ekosistem sendiri dan mengamalkan poligami secara meluas. Antara pengkalan Al-Arqam terkenal ialah di Sungai Penchala berhampiran Taman Tun Dr Ismail yang menempatkan pelbagai kemudahan dan industri bagi membiayai kumpulan itu.

Ketika zaman kegemilangannya, Al-Arqam dikatakan menarik sebanyak 12,000 ahli dan lebih 200,000 pengikut, termasuk golongan profesional dan teknokrat, dan memiliki pelbagai cabang industri sains dan teknologi, hartanah, kejuruteraan, penerbitan buku, pelancongan dan peruncitan.



Sumber | MalaysiaNow 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Datuk Yip Kum Fook and his team harassed and insulted Buddhist monks, now many Buddhist monks oppose and hate them (Datuk Yip & his team), Buddhists are furious and share every internet website

    They made a mistake with the Buddhist monks and how they wanted to solve the problem, they will carry what they did in the next life because, in the teachings of Buddhism, which damaged the Sangha, the sin is very big, and we heard Simon Low Kok Meng (Taman Daya) went to solve his problem in many places.

    We write and share messages about Datuk Yip Kum Fook and Simon Low Kok Meng being innocent of the law of this country because the true story happened to the Buddhist monks at the Buddhist Temple, Taman Desa Jaya, Kepong...more than ten years ago, everyone deserves this country

    By Danny Yap, Kepong Baru

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo