Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan mangsa banjir di negeri Kedah akan diberikan wang bantuan awal RM2,000 setiap keluarga.
Menteri Besar Kedah itu berkata RM1,000 hasil sumbangan kerajaan negeri manakala selebihnya wang ihsan daripada kerajaan persekutuan.
“Kerajaan negeri akan memberikan Bantuan Komuniti Sejahtera sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara pula sebanyak RM1,000 yang akan disalurkan kepada semua KIR yang berpindah ke PPS.
“Saya ingin menasihatkan semua individu yang terbabit agar mematuhi setiap arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah ke PPS,” katanya.
Sanusi berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri dan daerah akan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh bencana untuk memantau keadaan dari masa ke semasa.
Katanya, ibu bapa dikehendaki mengawasi anak-anak mereka bagi mengelak sebarang kejadian yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.
“Kegagalan untuk berpindah ke PPS atau mematuhi prosedur yang diarahkan akan menyebabkan mangsa tercicir daripada senarai penerima bantuan kerajaan.
“Ini adalah ujian daripada Allah. Banyakkan berdoa supaya keadaan tidak lebih mudarat dan dipermudahkan urusan bagi kita semua,” katanya.
Setakat 2 petang tadi, sebanyak 29 PPS dibuka di tujuh daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Bandar Baharu, Kulim dan Kuala Muda.
Seramai 3,835 mangsa dengan 1,137 keluarga ditempatkan di kesemua PPS berkenaan.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment