NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Mufti diputuskan 17 Oktober ini



KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengesahkan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2024 akan diputuskan pada 17 Oktober ini selepas dibentang pada sidang Parlimen.

Menurut beliau, mengikut perancangan, bacaan kali kedua akan dilaksanakan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober ini.

"Sehari kemudian (17 Oktober), kita akan bentangkan untuk kali ketiga.

"Proses bacaan kali pertama RUU Mufti itu sudah selesai, jadi saya pohon seluruh umat Islam untuk mendoakan supaya urusan ini dipermudahkan," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau merasmikan Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Pulau Pisang di sini.

Sinar Harian 3 Julai lalu melaporkan, RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat antara lain untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara yang berkaitan.

Menurut naskhah biru yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, rang undang-undang itu antara lain memperincikan fungsi dan peranan mufti dalam membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara hukum syarak, tata cara mengeluarkan fatwa, pendapat berhubung hukum syarak di mahkamah serta penentuan arah kiblat.

Menerusi rang undang-undang itu, ia juga memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.



Sumber | Sinar Harian 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo