NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Rezeki terjejas’, nelayan dakwa projek Penang Silicon Island punca selut

Nelayan Sungai Batu mendakwa kejadian selut sedalam 1m akibat projek tambakan Penang Silicon Island. (Gambar Penang Tolak Tambak)



PETALING JAYA
Komuniti nelayan Sungai Batu, Pulau Pinang, mendakwa projek penambakan Penang Silicon Island seluas 2,300 ekar menjadi punca utama kehadiran selut luar biasa.

Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Zakaria Ismail, berkata sejak Ogos lalu nelayan tempatan melaporkan aktiviti penangkapan ikan terkesan teruk, sekali gus menjejaskan kehidupan dan mata pencarian.

Justeru, pihaknya menyeru Jabatan Alam Sekitar segera melakukan siasatan.

Sebelum projek ini bermula, kami tidak pernah mengalami masalah seperti ini,

katanya dalam kenyataan.

Zakaria berkata, dengan kedalaman selut mencecah 1m, sampan sering terperangkap menyebabkan nelayan hanya mampu turun ke laut selama 10 hari pada Ogos, selain ribut kerap berlaku.

Nelayan juga berharap pihak berkuasa seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Perikanan, dan Exco Agroteknologi & Kejiranan Makanan Fahmi bin Zainol dapat mengambil tindakan sewajarnya, sejak projek menambak bermula September 2023.

Nelayan Sungai Batu menyeru agar projek penambakan Penang Silicon Island dihentikan buat sementara waktu sehingga siasatan penuh dapat dijalankan bagi mengatasi masalah menjejaskan kehidupan mereka.




Sumber | FMT Malaysia  










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo