NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramai tokoh Pas patut bercuti kerana mereka juga disiasat – Zahid



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta agar beliau dicutikan ketika siasatan terhadap dirinya dijalankan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ramai lagi pemimpin di dalam Pas patut bercuti kerana mereka juga sedang disiasat.

“Ramai tokoh pas yang patut bercuti sebab mereka juga dalam siasatan,” katanya ringkas kepada pembeita ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perundangan Antarabangsa berhubung Ancaman Dalam Talian 2024, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Hadir sama pada Majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebelum ini, media melaporkan Tuan Ibrahim dipetik berkata, beliau berpendapat, Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Presiden UMNO perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Beliau yang mengalu-alukan sikap terbuka Ahmad Zahid untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan bagaimanapun merasakan tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu turut mendapat reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang meminta Tuan Ibrahim supaya menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercuti terlebih dulu.

Akmal berkata, ini kerana kedua-dua tokoh Pas berkenaan masing-masing mempunyai kes dalam siasatan dan sedang didakwa di mahkamah.

Justeru katanya, sebelum mahu menyuruh Ahmad Zahid daripada bercuti, Tuan Ibrahim sepatutnya meminta dua menteri besar dari parti tersebut berbuat demikian terlebih dahulu. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo