Kematian penulis blog kontroversi itu disahkan oleh adiknya, Raja Idris.
PETALING JAYA: Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di United Kingdom (UK) malam Isnin, pada usia 74 tahun.
Kematiannya disahkan oleh adiknya, Raja Idris, pagi tadi.
katanya dalam teks ringkas kepada FMT.Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 Sept di Manchester, UK,
Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 Sept 1950.
Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.
Beliau telah menetap di Manchester selama beberapa tahun.
No comments
Post a Comment