NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Putra sokong PN, tolak MoU peruntukan pembangkang kerana menghina Ahli Parlimen




Parti Putra sebulat suara menyokong penuh keputusan Perikatan Nasional (PN) yang membuat ketetapan menolak Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). 

 

Menurut Presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali, pihaknya setuju dengan asas penolakan yang dikemukakan oleh PN antaranya mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak orang Melayu dan Bumiputera yang kian terjejas. 

 

Katanya, Mou berkenaan didakwa boleh menjejaskan keunggulan Islam serta nilai-nilai moral, budaya dan amalan tradisional Malaysia yang lain. 

 

Ujarnya, empat fundamental yang dikeluarkan PN menunjukkan bahawa mereka begitu tegas, terus mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada jati diri atau identiti nasional Malaysia. 

 

“Alasan-alasan ini menunjukkan PN tegas dan terus mendukung serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada jati diri atau identiti nasional Malaysia,” ujarnya. 

 

Tegas Ibrahim Ali, PN sewajarnya berhenti daripada terus berunding mengenai peruntukan berkenaan bersama PH. 


Ini kerana, draf Mou yang dibentuk itu seolah-olah menghina PN serta Ahli Parlimen PN bagai tiada jati diri dan boleh dihina sesuka hati. 

 

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan blok pembangkang telah membuat ketetapan menolak Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN). 

 

Jelas Hamzah, ketetapan sebulat penolakan yang dilakukan sebulat suara oleh ahli-ahli pembangkang berdasarkan empat fundamental iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama, boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serra mengongkong kebebasan Ahli Parlimen untuk bersuara. 

 

Sumber: Malayadaily







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo