NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Mahkota: PN umum manifesto dua hari lagi

Azmin (kanan) bersama Mohamad Haizan dan Dr Sahruddin sebelum program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, Kluang, malam tadi.




KLUANG – Manifesto Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diumumkan dua hari lagi.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN kini di peringkat akhir dan sedang mengadakan perbincangan untuk melihat tawaran yang boleh diberi dalam manifesto.

Beliau yang juga Pengarah Utama PN bagi PRK DUN Mahkota berkata, ini kerana sebahagian daripada manifesto yang dirangka sudah pun disebut oleh calon dan juga kepimpinan PN sebelum ini.

“Seperti diketahui, DUN Mahkota adalah satu kerusi yang kecil di Johor dan sudah pasti suara kita untuk DUN ini penting di DUN Johor kelak.

“S,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham di sini malam tadi.

Turut hadir Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.

Sementara itu, Azmin berkata, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan membantu PN berkempen dalam PRK DUN Mahkota dalam meraih undi orang muda.

Ditanya sama ada Muda akan menyertai gabungan PN, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas PRK DUN Mahkota.

Muda adalah parti kedua selepas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuaang) yang menyatakan sokongan kepada PN.

Sebelum ini, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, partinya akan menyokong calon PN, Mohamad Haizan atau ‘Coach Haizan’, pada PRK kali ini.

Menurut beliau, walaupun permohonan menyertai gabungan PN belum diterima, namun sokongan tidak berbelah bahagi tetap diberikan kepada PN.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) yang lepas manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo