KUALA LUMPUR – Pas didakwa tidak lagi berani pinjamkan ahlinya jadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Mahkota.
Ini kerana, Pas takut kalah kali kedua selepas PRK Nenggiri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, kalau Pas letak calon, mungkin kalah lagi teruk.
Maka, katanya, terpaksalah Bersatu mencari calon lelaki sendiri.
Jadi, menurut Puad, kali ini peluang Bersatu untuk membuktikan apakah ia layak untuk jadi pengganti kepada UMNO.
“Mahkota pertemuan pertama UMNO lawan Bersatu di PRK. Bersatu gagal lawan Amanah di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
“Pas gagal tawan Pelangai dari UMNO. Pas juga kehilangan Nenggiri kepada UMNO,” tempelaknya.
Bagaimanapun, Puad yakin PRK DUN Mahkota mungkin menjadi Tanjung Piai 2.0.
Katanya, Barisan Nasional (BN) menang besar di PRK Tanjung Piai menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berpecah dan berlaku Sheraton Move dan kerajaan PH tumbang.
“Mungkin Mahkota menyebabkan PN pecah dan Bersatu merudum,” ramal Puad lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment