Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengambil tindakan segera terhadap masalah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS).
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata banyak laporan yang diterima PPIM berhubung masalah pesawat MAS dan ia perlu diatasi segera sebelum lebih meruncing.
“Saya menyeru kepada Loke supaya mengatasi permasalahan ini kerana ia berada di bawah kementeriannya.
“Jangan pandang ringan kepercayaan rakyat dengan tidak mengatasi masalah ini. Kena atasi dan selesaikan. Besok tidak lama tutuplah MAS kalau tidak dinaiki penumpang.
“Tolonglah Loke lihat kepada isu ini kerana ini isu yang serius,” katanya kepada TV Pertiwi mengulas masalah pesawat yang sering dilaporkan berpatah balik.
#TVPertiwi #MAS #SIA #PPIM #AnthonyLoke
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment