NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN mahu draf baharu, tubuh jawatankuasa khusus bincang MoU

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan berkata PN akan mencari jalan supaya Ahli Parlimennya mendapat sumber kewangan walaupun sedikit bagi meneruskan khidmat kepada rakyat. 



PETALING JAYA
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan mahu kerajaan menyediakan draf baharu dan menubuhkan jawatankuasa khusus bagi membincangkan memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang.

Ini kerana, katanya, tiada ruang perbincangan dengan kerajaan berhubung draf MoU itu, kecuali syarat terbabit dipatuhi.

“Sekiranya perbincangan berasaskan MoU yang ini, kami rasa tiada ruang untuk kami sumbang apa-apa alternatif atau perbincangan.

“Ini disebabkan semua yang terkandung dalam draf MoU ini tidak boleh diterima, melainkan perbincangan dibuat untuk mewujudkan draf MoU baharu dengan perbincangan dilakukan kedua-dua pihak.

Sepatutnya tubuh jawatankuasa dahulu sebelum kedua-dua pihak membincangkan MoU apa yang perlu dan apa yang tidak perlu,

katanya menurut Berita Harian pada sidang media di Pejabat PAS Kota Bharu.

Ahad lalu, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin mengumumkan PN menolak draf MoU peruntukan itu atas dakwaan ia bertentangan Perlembagaan kerana beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau juga mendakwa draf itu mengandungi syarat dilihat bertentangan nilai tradisi, budaya, moral, agama serta tempatan, selain dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen.

Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata, pihaknya merasakan tiada keperluan menghantar surat rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berhubung penolakan MoU itu.


Mereka hantar MoU kepada kita pun tanpa mengambil pandangan kita. Jadi, kita tidak perlu menghantar surat secara rasmi, cukuplah kami maklumkan kepada rakyat Malaysia kami menolak MoU berkenaan.

Ahad lalu, Fadillah dilaporkan berkata, beliau akan merujuk semula keputusan sebulat suara Ahli Parlimen PN menolak draf MoU peruntukan selepas mendapat maklum balas rasmi secara bertulis.

Beliau menekankan MoU itu draf dan PN tidak menyatakan cadangan balas bagi pertimbangan untuk dibawa kepada perundingan.

Takiyuddin berkata, PN akan mencari jalan supaya Ahli Parlimen mereka mendapat sumber kewangan walaupun sedikit bagi meneruskan khidmat kepada rakyat.

Sekarang ini pun kami menggunakan elaun kami sendiri dan tiada langsung bantuan daripada kerajaan pusat.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo