Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata Perikatan Nasional (PN) beruntung Chegubard membantu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota.
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu berkata tanpa Chegubard yang mendakwa UMNO diresapi komunis, pastinya PN ketandusan isu.
“Mujur ada Chegubard pakar cerita palsu untuk pusing isu peribadi calon dan UMNO kononnya diresapi komunis.
“Kali ini PN mati akal hendak main isu ekonomi. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terkial-kial mencari isu,” katanya.
Barisan Nasional (BN) dan PN akan berentap esok bagi menentukan calon yang dipilih mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
BN diwakili calonnya, Ketua Pemuda Kluang Syed Hussein Syed Abdullah manakala PN oleh Mohamad Haizan Jaafar.
Puad berkata ini kali pertama PN dilihat berkempen tanpa hala tuju dengan Ahli Jawatankuasa PAS Tan Sri Annuar Musa memuji-muji kerajaan Johor.
“Kini PN hanya mengharap majoriti BN tidak melebihi majoriti lalu dan kalau boleh tidak melepasi angka 10,000 undi.
“Paling PN takut, Mahkota jadi Tanjung Piai 2.0. Giliran BERSATU dan PAS pula pecah,” katanya.
#TVPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment