NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan perlembagaan bincang permintaan bukan Islam jadi ahli Pas – Mursyidul Am

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berucap pada sesi pergulungan Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah.


JERANTUT – Pindaan Perlembagaan Pas yang akan dibentangkan pada Muktamar Tahunannya esok bakal menyentuh  permintaaan orang bukan Islam untuk menyertai parti itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, perkara itu akan dibentangkan oleh setiausaha agung parti,  Datuk Seri Takiyuddin Hassan.


Katanya, perkara itu juga akan dimasukkan dalam Ucapan Dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Pindaan perlembagaan itu dibuat beberapa perkaralah, tapi ada mesyuarat tu antara isunya berkenaan dewan harian (mesyuarat pemimpin peringkat tertinggi Pas.

“Perkara pokoknya ialah orang bukan Islam minta untuk jadi ahli biasa, sedangkan Pas hanya orang Islam boleh jadi ahli, sebab tu kita pakai DHPP (Dewan Himpunan Penhyokong Pas),” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-70 di Kompleks Imam Syafie’ (KIAS), Kampung Temin di sini, hari ini.


Hadir sama Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahya.

Mengulas lanjut, Hashim menegaskan, sebarang keputusan yang dicapai berhubung perkara itu di dalam Muktamar Pas nanti adalah muktamad.

Sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, Pas akan membuat beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan butiran mengenai pindaan yang akan dilakukan. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo