NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH janji beri peruntukan, kenapa PN perlu sedia draf MoU, kata Ronald

Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee mendakwa ‘draft MoU luar biasa’ disediakan kerajaan baru-baru ini menunjukkan mereka tidak berniat memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.



PETALING JAYA
Perikatan Nasional (PN) tidak patut diarah menyediakan draf memorandum persefahaman (MoU) alternatif kerana Pakatan Harapan (PH) yang berjanji memberi peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen pembangkang dalam manifesto mereka, kata Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee.

Ia susulan kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari daripada PKR yang dilaporkan berkata, PN sepatutnya mencadangkan MoU alternatif mengenai peruntukan Ahli Parlimen pembangkang, bukannya mengkritik versi dicadangkan kerajaan.

Ronald yang juga ketua whip Bersatu turut mendakwa 

draft MoU luar biasa

 yang disediakan kerajaan baru-baru ini menunjukkan mereka tidak berniat memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Draf cadangan ‘luar biasa’ itu mengekang kita daripada bersuara, sedangkan apa saja perbahasan di Parlimen tertakluk kepada peraturan mesyuarat dan Akta Hasutan masih berkuat kuasa.

Kenapa mesti ‘highlight’ syarat luar biasa,

katanya kepada FMT.

Terdahulu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mendakwa MoU ditolak gabungan itu bertujuan menyekat keupayaan Ahli Parlimennya menyuarakan kebimbangan pengundi, khasnya isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R).

Hari ini, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan dilaporkan meminta kerajaan menyediakan draf baharu dan menubuhkan jawatankuasa khusus bagi membincangkan MoU peruntukan pembangkang.

Katanya, semua yang terkandung dalam draf MoU itu tidak boleh diterima dan beliau mahu kedua-dua pihak membincangkan draf MoU baharu bersama.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo