NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perubahan dibuat beberapa PM bukan ikut kehendak rakyat – Tun M



PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, perubahan yang dilakukan oleh beberapa perdana menteri bukan disebabkan mengikut kehendak rakyat sebaliknya mengikut kepentingan masing-masing.

Dr. Mahathir memberi contoh tindakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Razak yang mencadangkan penubuhan kerajaan Melayu-Islam selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi menarik semula sokongan masyarakat tersebut.

Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang mengisytiharkan darurat kerana khuatir kerajaan pimpinannya akan digulingkan melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Dr. Mahathir turut mendakwa, kerjasama antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga atas kepentingan peribadi berbanding kehendak rakyat.

“Orang ini lebih mengutamakan masalah diri daripada masalah negara. Yang penting di satu pihak Zahid hendak lari daripada dibicara. Pihak Anwar pula nak jadi Perdana Menteri.

“Anwar mempunyai 82 kerusi, Zahid campur MCA, MIC ada 32 kerusi, semua ada 112 kerusi majoriti mudah. Pemimpin mereka yang diutamakan adalah kebebasan bagi Zahid yang dituduh 47 kes digugurkan.

“Sebaliknya Datuk Seri Anwar dapat menjadi kerajaan dengan Sabah dan Sarawak menyokong mana-mana parti yang menjadi Kerajaan Persekutuan. Boleh lihat perubahan mengikut kehendak pemimpin, bukan mengikut kehendak di bawah ini,” kata Dr. Mahathir.

Beliay berkata demikian dalam ucapan penutup Dialog Merdeka: Memahami Sejarah Melalui Kepimpinan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Dialog itu menampilkan Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Sejarah, Sosial dan Intelektual, ISTAC-IIUM Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican sebagai ahli panel.

Manakala Pensyarah Kanan Sains Politik, UKM Porf. Madya Dr. Muhammad Takiyuddin Ismail sebagai pemudahcara.

Dr. Mahathir berkata, dalam negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi menjadi satu tanggungjawab besar kepada rakyat untuk memilih pemimpin.

Tegasnya, jika salah memilih rakyat akan menjadi mangsa penderaan pemimpin terbabit.

“Analisa yang dibuat oleh saya melihat gerak geri pemimpin. Daripada sudut pemimpin – apa dia kemerdekaan negara. Kita merdeka tapi apa makna merdeka kalau kita tak boleh mengeluarkan suara bercakap berkenaan bangsa, agama dan raja.

“Sekarang 3R untuk menutup mulut rakyat. Walaupun tak senang hati tak boleh cakap. Tapi wakil rakyat dalam Dewan masih bebas. Kerana dalam dewan kita boleh cakap apa sahaja.

“Satu usaha sedang dilakukan untuk mereka (wakil rakyat) menandatangani MOU (memorandum persefahaman) kononnya untuk menghalang ucapan berkaitan bangsa dan benci. Yang hendak tafsif apa maksud benci adalah pihak kerajaan,” kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir mendakwa beberapa perkara yang berlaku di Malaysia mencerminkan negara ini bukan lagi mengamalkan demokrasi. -MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo