NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkenan permohonan ampun, Sanusi junjung kasih Sultan Selangor

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kenyataan beliau yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda pada Julai tahun lalu. 



ALOR SETAR
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun sebagaimana yang dititahkan baginda, semalam.

Sanusi juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.


Mudah-mudahan sifat pengampun dan kebaikan hati yang ada pada Tuanku Sultan akan membawa lebih banyak kebaikan serta menambahkan lagi daulat dalam pemerintahan Tuanku serta menjadikan negeri Selangor Darul Ehsan negeri yang diberkati serta dilimpahi rahmat oleh Allah,

katanya dalam kenyataan.

Sanusi turut mendoakan Sultan Sharafuddin dipanjangkan usia serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk terus melaksanakan tanggungjawab memerintah penuh adil dan cemerlang.

Semalam, Sultan Sharafuddin berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Sanusi.

Sultan Sharafuddin dalam warkah perkenan ampun yang dimuat naik menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office memaklumkan bahawa baginda mempertimbangkan dan menerima permohonan ampun dan maaf itu, atas nama ukhuwah sesama Islam serta bangsa Melayu.

Pada Rabu, Sanusi memohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan beliau yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda pada Julai tahun lepas.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo