NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PERKASA gesa pihak polis siasat kenyataan Lim Kit Siang




Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa pihak polis segera menyiasat kenyataan pemimpin veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang.


Presidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata pihak polis perlu bersifat lebih pro-aktif dan tidak menunggu laporan pelbagai pihak untuk bertindak.


“Saya mahu pihak polis tidak lagi tunggu laporan banyak-banyak. Chegubard sudah buat laporan tempoh hari terhadap Kit Siang berkaitan isu ini.  


“Kami mahu kertas siasatan dibuka walaupun Kit Siang hanya menyebut Perlembagaan. Tetapi media ada melaporkan Perlembagaan Persekutuan.


“Perlu disiasat apa maksud Kit Siang. Ini boleh dikatakan sudah menghasut rakyat,” katanya dalam satu sidang media bersama NGO Melayu di Kuala Lumpur hari ini.      


#TVPertiwi   #Jiwamerdeka67    #KitSiang #PERKASA #Perlembagaan






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo