NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perhimpunan Bersih merupakan penipuan terhebat, racuni fikiran rakyat


Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan berucap pada Konvensyen Perwakilan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan 2024 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2024.



KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC tidak mahu bertoleransi lagi dengan mana-mana pihak yang menunding jari kepada MIC terutama dalam isu masyarakat India di negara ini.

Sedangkan, bukan MIC yang berjanji ‘bulan dan bintang’ kepada masyarakat India.

Arvind Krishnan menegaskan,  pelbagai fitnah yang ditaburkan pihak-pihak tertentu untuk meraih kemenangan dan kuasa terutama ketika pilihan raya atau ketika berdepan dengan krisis-krisis tertentu. 

“Fitnah itu bukan sahaja bermotifkan politik tetapi ia adalah cubaan untuk mengaburi mata rakyat dengan pelbagai penipuan walaupun MIC yang berusia 78 tahun telah banyak berjasa sebelum dan selepas kemerdekaan negara.

“Sudah-sudahlah menuding jari kepada MIC untuk semua perkara, kami sentiasa menjadi kambing hitam untuk segala-galanya. 

“Ingat lagi pada perhimpunan Bersih? Itu saya panggil antara penipuan terhebat yang tidak lebih daripada meracuni fikiran rakyat supaya langsung tidak menyedari kebaikan kerajaan pada masa itu, apabila berkuasa langsung tidak mampu buat apa-apa. Rakyat sedang lihat juga. 

“Hari ini, saya menggesa sayap Pemuda supaya lebih agresif dalam melawan fitnah, jangan berdiam diri lagi. Kita bukanlah parti yang baharu muncul seperti cendawan sebaliknya kita sudah lama relevan. 

“Jangan biarkan sesiapa pun memfitnah kita lagi, jangan keterlaluan tapi lakukan dengan betul,” katanya pada Konvensyen Perwakilan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan 2024 hari ini.

Sambung Arvind, untuk melaksanakan pelbagai inisiatif, visi dan misinya, setiap Pemuda MIC perlu aktif di kawasan mereka secara ‘all out’

“Strategi kena berubah, tidak boleh cakap kosong. Kita akan tubuhkan ‘Akademi Chief Vicky’ yang akan memainkan pelbagai peranan termasuklah menangkis fitnah mana-mana pihak dengan fakta. Kita akan bersuara. 

“Sayap Pemuda juga akan memainkan peranan aktif dalam menangani isu-isu tidak kira peringkat akar umbi sehingga nasional, perkara asas dan keperluan terutamanya berkaitan pendidikan dan ekonomi. Semua orang perlu dengar kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat,” tegasnya. 

Dalam pada itu, Pemuda MIC juga tampil dengan enam resolusi pada Konvensyen Kebangsaan kali ini.

Antaranya isu 3R terhadap masyarakat India yang perlu diperhalusi, semua sayap Pemuda perlu dari peringkat atas hingga akar umbi perlu diperkasa bermula dari cawangan. 

Peranan Pemuda MIC dalam keusahawanan dan pembangunan ekonomi perlu diperkukuhkan dengan  memberi fokus dalam mempelajari penggunaan media sosial yang mampu digunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo