TEMERLOH – Pemuda Pas kini beralih ke fasa memancing dan menambat hati pengundi bukan Melayu dalam menambah bilangan penyokongnya.
Khuzaifah Mohtar, 39, berkata, jika dahulu mereka menyangka golongan berkenaan secara automatik ’orang’ Pakatan Harapan (PH) namun kini mentaliti itu sama sekali perlu diubah.
”Pengundi bukan Islam, pengundi bukan Melayu tidak semestiya mengundi PH atau kerajaan Perpaduan. Kita kena ubah untuk menarik sokongan mereka kepada kita Pas dan Perikatan Nasional (PN). Paling penting kita sebagai Pemuda Pas kena lakukan.” katanya.
Pewakilan dari Shah Alam itu berkata, perkara itu perlu dititikberatkan dan menyokong misi menarik golongan belia seperti dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.
”Kita sudah ada empat negeri, jadi muktamar ini kita perlu merancang dengan teliti, kita punya mindset dulu lain jadi point yang agak besar kita kena ubah mindset,” katanya ketika ditemui pada Mutamar Dewan Pemuda Pas Malaysia di Kerdau hari ini.
Bagi Mohd Taufik Mohd Yusof, 40, sebagai pemerhati, beliau mendengar ucapan semua perwakilan Pemuda Pas untuk diperturunkan kepada semua golongan.
Beliau berpendapat, hampir seluruh kawasan menyambut baik mesej pewakilan dan Ketua Dewan Pemuda Pas yang membawa mesej mereka sudah bersiap sedia memimpin negara pada satu masa nanti.
Malah semasa sesi penggulungan dan perbahasan, katanya, semua perwakilan membuat persiapan dengan menyokong dan membuat penghujahan.
Beliau turut menyokong elemen yang dibincangkan iaitu ’Kita Memimpin’ yang menerap nilai kompeten dan intergriti yang perlu ada dalam setiap kepimpinan.
”Di antara kisah Nabi Isa AS yang disebutkan dalam surah Al-Qasas iaitu kompeten dan integriti bukan setakat pemimpin sebuah negara Islam tetapi sebuah negara dan negeri mereka perlu ada elemen itu.
”Jika hilang salah satunya kita akan melihat kepincangan sebuah kepimpinan tersebut.
”Kita memberikan satu gasasan kepada pemimpin Pemuda Pas seluruh Malaysia bukan setakat orang Melayu bahkan bangsa lain juga,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment