KLUANG – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari cabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Bloomberg atas laporan yang mendakwa Perdana Menteri mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Datuk Farhash Wafa Salvador.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, tindakan tersebut bagi membuktikan dakwaan terhadap beliau dalam laporan berita agensi asing tersebut adalah salah dan fitnah.
“Laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim SPRM supaya tidak menyiasat bekas Setiausaha Politiknya yang juga menjadi anak angkatnya.
“Bekas Setiausaha Politiknya tiba-tiba menjadi jutawan muda, kita minta SPRM siasat sahaja tetapi tiba-tiba Bloomberg siarkan (dalam laporannya) hari ini, Anwar arahkan jangan siasat.
“Perdana Menteri buat arahan supaya siasat anak-anak Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan Tun Daim (Zainuddin),” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok di Taman Sri Kluang malam tadi.
Turut hadir Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan rasmi semalam, menafikan Anwar mengarahkan Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian kontroversi saham dalam syarikat yang terlibat pembangunan sistem imigresen baharu bernilai RM1 bilion.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli ‘memuji’ tindakan pantas Pejabat Perdana Menteri membuat penafian tersebut.
“Bagus (kenyataan nafi laporan Bloomberg) tetapi saya nak cabar Datuk Seri Anwar saman Bloomberg atas kesalahan memfitnah beliau,” tegasnya.
Sementara itu, Azmin berkata, laporan Bloomberg itu mengejutkan rakyat Malaysia dan realiti itu bertentangan dengan perjuangan Anwar kononnya untuk membanteras rasuah.
“Kalau kita ini (digelar) kepala sakau, golongan sakau, jumpa pegawai kerajaan kita ni penyakau. Anwar siapa sebelah kanan kamu, siapa di sebelah kiri kamu.
“Cuba tengok di cermin dahulu, cermin muka kamu. Tuan-tuan dan puan-puan termasuk anggota perkhidmatan awam jangan terpengaruh. Beliau memang petah bercakap tetapi tiada kekuatan laksana (banteras rasuah) demi kepentingan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment