K Gunasekaran (tiga dari kanan) menyerahkan memorandum kepada Ho Weng Wah di Kementerian Pengangkutan hari ini. |
Memorandum itu diserahkan Pengerusinya K Gunasekaran kepada Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Ho Weng Wah.
Menurut Gunasekaran, pihaknya meminta Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berunding dengan syarikat terbabit untuk mengurangkan komisen 21.5% yang disifatkan sangat tinggi selain mempertimbangkan semula 1.5% cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Pemandu mendesak kadar komisen dikurangkan kerana membebankan mereka dari segi pendapatan bersih,
katanya selepas menyerahkan memorandum terbabit.
Tuntutan lain antaranya memperbaiki had muatan untuk memastikan keselamatan di jalan raya, mengenakan bayaran lebih adil untuk perjalanan pulangan dan melindungi hak pemandu apabila pelanggan membatalkan perkhidmatan tanpa bayaran.
Insentif untuk pemandu supaya tidak perlu membayar tol, tuntutan bayaran per kilometer sesuai yang mengambil kira kos semasa, memperkenalkan sistem penilaian lebih adil, meningkatkan perlindungan insurans dan meningkatkan sistem perkhidmatan pelanggan.
“Memorandum ini diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya mereka juga dapat mengambil tindakan terhadap isu dihadapi pemandu syarikat terbabit.
Mereka tulang belakang kepada industri penghantaran yang semakin berkembang di Malaysia,
katanya yang berharap Loke dapat memanggil pengurusan syarikat terbabit.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment