NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas riak dan sombong – Wan Rosdy



KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan Pas sebagai riak dan sombong susulan mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Agenda Islam di Pahang, hanya Pas boleh diharap’ yang disiarkan Harakah Daily pada 1 September lalu.

Ujarnya tuduhan tersebut cuba membangkitkan sentimen dan persepsi negatif seolah-oleh kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa pembangunan langsung untuk mengukuhkan syiar islam di Pahang.

“Saya merasa terpanggil untuk mengulas mengenai satu laporan berita ‘Agenda Islam di Pahang, hanya Pas boleh diharap’ yang memetik ucapan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Yang Berhormat Tanjung Lumpur dalam satu program di Chegar Medang, Bentong pada 31 Ogos lalu.

“Saya tak pasti sama ada kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut Yang Berhormat Tanjung Lumpur sendiri atau ia hanya disensasikan oleh Harakahdaily,”  katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ucapan penangguhan semasa Mesyuarat Kedua  Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Wisma Sri Pahang hari ini.

nasihat dan juga saranan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam menyubur syiar Islam di bumi Pahang,” tambahnya.

Tegas Wan Rosdy pelbagai agenda dakwah dilakukan di negeri ini termasuk meningkatkan institusi pengajian Islam di sini.– MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo