Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata pihaknya turut mempertikaikan kenyataan Saifuddin menggunakan kepala surat Kementerian Dalam Negeri yang disifatkan sebagai mencampurkan urusan kerajaan dan politik.
“Persoalannya, sejak bilakah dua kedudukan ini boleh digandingkan dalam kenyataan rasmi kerajaan dengan menggunakan kepala surat rasmi kementerian pula?
Apakah di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini, garis pemisah antara tugas-tugas rasmi kerajaan dengan peranan politik seseorang sudah diketepikan dan tidak dihormati lagi?,
katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Saifuddin mengkiritik Hadi susulan ucapan Ahli Parlimen Marang itu dalam Muktamar PAS ke-70, selain mendakwa PAS kini semakin terbabit dalam politik kebencian, dengan beberapa ucapan pemimpinnya yang mengandungi cercaan dan fitnah.
Dalam pada itu Takiyuddin juga mempersoalkan kelayakan Saifuddin sebagai menteri dalam negeri yang didakwa membuat tuduhan tanpa bukti menerusi kenyataan rasmi.
PAS menekankan bahawa sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan ketenteraman negara, Saifuddin bertanggungjawab membawa dakwaan tersebut ke mahkamah sekiranya terdapat bukti kukuh.
PAS percaya menteri dalam negeri telah tidak menunjukkan kelayakan yang memadai untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan.
Justeru itu, Takiyuddin menggesa Anwar untuk mempertimbangkan menggantikan Saifuddin dengan pemimpin lebih berkelayakan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment