KUALA LUMPUR – Pemuda Pas tidak perlu buang masa desak UMNO tinggalkan Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Majli Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Menurutnya, UMNO sudah buat keputusan untuk kekal dalam kerajaan, kerana kerajaan sedia ada lebih baik daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Secara sinis, beliau berkata, walaupun UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, parti itu serius mempertahankan kesucian agama Islam.
UMNO juga terbukti konsisten dan tegas dalam isu Melayu dan Islam.
“UMNO tidak berkompromi dalam isu stokin, isu logo halal hatta UMNO menolak “Kampung Baru” jadi tapak warisan,” ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas yang mencabar UMNO agar meninggalkan Kerajaan Perpaduan.
Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudeen berkata, UMNO di Bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal mempertahankan Islam apabila tidak mampu menentang keceluparan pemimpin DAP seperti Teresa Kok yang mencampuri urusan umat Islam berhubung pensijilan halal.
“Kita cabar UMNO hari ini tinggalkan Kerajaan Perpaduan, keluar dari kerajaan kalau betul nak pertahan Islam, pertahan Melayu, kamu tak perlu bimbang kamu hilang kuasa kecuali kalau bimbang 47 kes kamu akan dibuka semula,” katanya semalam.
Mengulas lanjut, Puad berkata, berbanding semasa berada dalam Kerajaan PN, UMNO tidak dibawa berunding apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak menggantung Parlimen, Pas pula jadi ‘pak turut’.
Jelas Puad, berbeza pendapat secara terbuka antara satu, dua pemimpin bukan lagi taboo bagi UMNO kerana yang penting dalam Kabinet setiap perkara dibuat secara berundig.
“UMNO sudah ada pengalaman. Bila Kerajaan Muhyiddin keras kepala, UMNO tanpa kompromi tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin. Tidak perlu ajar UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment