NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang Cina jangan terikut ‘sucikan’ penyamun - Kah Yong



KLUANG – Pengundi terutama orang Cina diingatkan supaya tidak diperbodohkan jentera DAP semasa kempem Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Setiausaha Agung Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Loh Kah Yong berkata, mereka perlu bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan dakyah parti itu semata-mata mahu meraih undi.


Katanya, DAP serta Pakatan Harapan (PH) kini sudah berubah demi kepentingan politik mereka dan akan merayu orang Cina supaya mengundi calon BN dalam PRK DUN Mahkota.

“Hari ini mereka cerita (minta) dengan penyokong mereka, sokonglah sahabat kita dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dulu mereka kata UMNO dan BN jahat dan penyamun tetapi sekarang kata betapa baiknya mereka.


“Adakah nak diperbodohkan sahabat-sahabat kita di Mahkota? Bukan sewenang-wenangnya orang nak ikut (setuju apa dikatakan).


“Mereka ada mata tengok adakah Kerajaan Perpaduan betul Ikhlas ke,” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok di Taman Sri Kluang malam tadi.

Turut hadir Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Justeru kata Kah Yong, semua pengundi tanpa mengira bangsa perlu keluar mengundi beramai-ramai esok dan tunjukkan protes terhadap Kerajaan Perpaduan dengan mengundi calon PN.

Untuk rekod kira-kira 35 peratus pengundi Mahkota adalah Cina, 54 peratus Melayu dan lapan peratus India.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin berkata, di Johor tiada Kerajaan Perpaduan dan yang ada hanya kerajaan caca marba.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ini kerana tiada wakil daripada parti komponen PH dalam kerajaan negeri ditadbir BN.

“Di Johor tiada seorang Exco pun daripada DAP. Di Johor mereka ini pembangkang tetapi sekarang ini mereka sudah pening kepala terpaksa sokong calon daripada BN,” katanya.

PRK itu yang akan menyaksikan hari mengundi esok diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ini akan menyaksikan pertembungan dengan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, 61 yang merupakan bekas pemain bola sepak Johor dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah.

Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.- MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo