NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Nyonya Tua’ tak perlu risau, DAP abang besar



KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyindir Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok agar tidak risau akan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu pensijilan halal.

Afnan Hamimi Taib Azamudeen sinis berkata, Teresa juga tidak perlu bimbang kerana DAP kini adalah ‘abang besar’ dalam kerajaan.

“Aiyyaa nyonya. Apa pasal mau takut?  Berani cakap berani tanggung maaa. Polis mau siasat saja. Tak payah takut.

You tak payah bimbang, you punya parti sikalang (sekarang) jadi abang busat (abang besar) dalam itu kelajaan (kerajaan).  Tak dak olang (orang) belani (berani) usik sama you maa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Nyonya tua adalah gelaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh kepada Teresa sebelum ini.

Dalam kenyataan balasnya semalam, Ahli Parlimen Seputeh itu menjelaskan beliau tidak mempunyai peluang untuk menyampaikan pandangannya berhubung pensijilan halal melalui saluran dalaman.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar membangkitkan cadangan pensijilan halal itu melalui forum terbuka tanpa mengadakan libat urus dengan wakil rakyat terlebih dahulu. 

Katanya, beliau menyokong usaha kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk mempromosi pensijilan halal dalam industri makanan dan minuman. 

“Sebenarnya standard yang diguna pakai oleh JAKIM dalam pensijilan halal adalah antara yang paling tinggi di dunia. Saya mempromosi pensijilan halal Malaysia sejak tahun 2008 apabila saya pegang Exco Perdagangan, Industri dan Pelaburan di Selangor sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

PDRM menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Tan Sri Razarudin Husain berkata, Teresa akan dipanggil untuk memberi keterangan esok bagi isu yang sama.

Bekas menteri itu akan memberi keterangan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pukul 10 pagi.

Malah terdapat beberapa saksi lain yang akan dipanggil antaranya pihak JAKIM. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo