NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasrallah, pemimpin tertinggi Hizbullah, terbunuh dalam serangan Israel



Hassan Nasrallah, pemimpin tertinggi gerakan berpengkalan di Lubnan Hizbullah, disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel, menjadikan beliau seorang lagi tokoh yang menyertai senarai korban di pihak musuh Israel sejak rejim Zionis itu melancarkan pengeboman tahun lalu yang setakat ini membunuh 50,000 orang awam di Gaza.

Dalam satu kenyataan Hizbullah mengumumkan kematian pemimpinnya, gerakan politik pro-Iran yang berpengaruh itu berikrar meneruskan penentangannya terhadap Israel.

"Kepimpinan Hizbullah berikrar kepada syahid yang paling mulia, suci dan dikasihi, di jalan kami yang dipenuhi dengan syuhada, bahawa kami akan meneruskan jihad kami melawan musuh, untuk membela Gaza dan Palestin, dan mempertahankan Lubnan dan rakyatnya yang tabah.

"Kepada mujahidin yang mulia dan pahlawan perjuangan Islam yang berjaya: Kamu adalah amanah pemimpin yang syahid, dan kamu adalah saudara-saudaranya yang menjadi perisai kuatnya, permata mahkota keberanian dan pengorbanan," kata kenyataan itu.

Kematian Nasrallah berlaku ketika tentera Israel melancarkan serangan udara terbesarnya di ibu negara Lubnan, Beirut, beberapa hari selepas siri serangan melalui letupan melibatkan 5,000 alat kelui dan walkie-talkie, yang membunuh dan mencederakan ratusan orang di tempat awam, termasuk beberapa ahli Hizbullah.

Sejak Isnin, jet pejuang Israel telah menyerang kawasan kediaman di Lubnan, membunuh hampir 1,000 orang, kebanyakannya orang awam.

Nasrallah, yang genap usia 64 tahun pada 31 Ogos lalu, merupakan pemimpin paling kanan yang menjadi sasaran rejim Zionis selepas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh pada akhir Julai lalu semasa lawatan ke Iran,  dalam serangan yang disambut baik Israel dan sekutunya.

Beliau dilantik menjadi setiausaha agung Hizbullah pada 1992, tujuh tahun selepas gerakan itu ditubuhkan susulan pencerobohan Israel di selatan Lubnan pada 1982.

Di bawah kepimpinan Nasrallah, Hizbullah bangkit menjadi pencabaran terbesar kepada kuasa ketenteraan Israel di Timur Tengah, di mana kuasa Barat percaya ia menerima bekalan senjata dan latihan ketenteraan daripada Iran selama beberapa dekad.

Di bawah Nasrallah, pergerakan itu semakin popular di kalangan kedua-dua masyarakat Islam dan Kristian di Lubnan. Sayap politik Hizbullah kini memegang 15 kerusi di parlimen Lubnan.

Beliau turut mengetuai Hizbullah dalam perang 34 hari dengan Israel pada 2006, yang berakhir Israel terpaksa menerima syarat gencatan senjata tajaan PBB, menjadikan populariti pergerakan itu melonjak di kalangan rakyat biasa di Lubnan.

Hizbullah di bawah Nasrallah juga memainkan peranan besar dalam menundukkan kumpulan ekstremis IS, yang gagal dalam matlamatnya untuk menggulingkan kerajaan Syria di bawah Bashar al-Assad, seorang lagi musuh utama Israel.


Sumber | MalaysiaNow 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo