Malaysia sudah pun merdeka selama 67 tahun, namun masih ada lagi yang gagal memahami bahawa halal itu adalah satu kewajipan buat kaum orang Islam di Malaysia.
Malah lebih anih lagi, apabila halal dikatakan bakal memalukan negara sedangkan nilai eksport halal sudah pun mencecah bilion ringgit.
Pemerhati politik, Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata bagi mereka yang bukan Islam, kaum Muslimin diperintahkan untuk mencari yang halal seperti termaktub di dalam al-Quran bahawa seorang Muslim wajib memastikan sumber yang halal bagi makanan mereka seperti firman Allah:
ŁَŲ§ Ų£َŁُّŁَŲ§ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ُ ŁُŁُŁŲ§ Ł ِŁ َّŲ§ ŁِŁ Ų§ŁْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŲَŁَŲ§ŁًŲ§ Ų·َŁِّŲØًŲ§
“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang ada dibumi ini dari yang halal dan baik” (al-Baqarah: 168).
Sementara itu, beliau juga menggesa umat Islam menjauhi produk yang gagal mempamerkan logo halal yang boleh menimbulkan keraguan kerana ia selaras sabda Rasulullah yang menyebutkan: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan.”
Sehubungan itu katanya, jika tidak tenteram dengan sesuatu produk atau restoran, maka tinggalkanlah kerana menjaga makan juga sebahagian daripada urusan agama.
ŲÆَŲ¹ْ Ł َŲ§ ŁَŲ±ِŁŲØُŁَ Ų„ِŁَŁ Ł َŲ§ ŁَŲ§ ŁَŲ±ِŁŲØُŁَ
“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan.” (HR al-Tirmizi)
Jelas beliau, Al-Imam Ibn Rajab menegaskan bahawa jiwa orang beriman berupaya untuk merasai keraguan atau syubhat sesuatu perkara. Kata Ibn Rajab:
ŁَŲ£َŁ َّŲ§ Ų§ŁْŁ ُŲ“ْŲŖَŲØِŁَŲ§ŲŖُ ŁَŁَŲْŲµُŁُ ŲØِŁَŲ§ ŁِŁْŁُŁُŁŲØِ Ų§ŁْŁَŁَŁُ ŁَŲ§ŁِŲ§Ų¶ْŲ·ِŲ±َŲ§ŲØُ
“Dan adapun perkara yang syubhat itu boleh diketahui oleh hati melalui perasan tidak tenteram.” (Jami’ al-Ulum)
Beliau yang menjelaskannya di saluran Telegram beliau pada Isnin berkata, sekiranya kita berasa tidak tenteram dengan sesuatu produk atau restoran, maka tinggalkanlah produk atau restoran tersebut kerana menjaga makan adalah sebahagian daripada urusan agama juga.
Beliau turut memetik al-Imam al-Ghazali yang pernah menukilkan pandangan dari al-Imam Ahmad yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama, kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad:
Ų£Ł Ų§ Ų¹ŁŁ ŲŖ Ų£Ł Ų§ŁŲ£ŁŁ Ł Ł Ų§ŁŲÆŁŁ ŁŲÆŁ Ł Ų§ŁŁŁ ŲŖŲ¹Ų§ŁŁ Ų¹ŁŁ Ų§ŁŲ¹Ł Ł Ų§ŁŲµŲ§ŁŲ ŁŁŲ§Ł: “ŁŁŁŲ§ Ł Ł Ų§ŁŲ·ŁŲØŲ§ŲŖ ŁŲ§Ų¹Ł ŁŁŲ§ ŲµŲ§ŁŲŲ§ً
“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)
“Berhati-hati dalam menyuapkan makanan yang menjadi darah daging kita. Seorang Tabi’i yang masyhur Yusuf ibn Asbat pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan ini. “
Ų„Ų°Ų§ ŲŖŲ¹ŲØŲÆ Ų§ŁŲ“Ų§ŲØ ŁŁŁŁ Ų„ŲØŁŁŲ³: Ų§ŁŲøŲ±ŁŲ§ Ł Ł Ų£ŁŁ Ł Ų·Ų¹Ł Ł؟ ŁŲ„Ł ŁŲ§Ł Ł Ų·Ų¹Ł Ł Ł Ų·Ų¹Ł Ų³ŁŲ”، ŁŲ§Ł: ŲÆَŲ¹ُŁŁ، ŁŲ§ ŲŖَŲ“ŲŖŲŗŁŁŲ§ ŲØŁ، ŲÆَŲ¹ُŁŁ ŁŲ¬ŲŖŁŲÆ ŁŁَŁْŲµَŲØ، ŁŁŲÆ ŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŲ³َŁ
“Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata: “Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita.” (al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir) “
Tegas beliau lagi, berdasarkan perumpamaan yang diberikan oleh Yusuf ibn Asbat, Iblis pun tidak mengganggu hamba yang sibuk beribadah sekiranya makanan mereka kotor kerana makanan yang tidak baik itu telah cukup merosakkan orang Islam, luar dan dalam.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment