NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lubnan mengesahkan Sayyed Hassan Nasrallah terbunuh


Papan tanda yang menggambarkan pemimpin Hizbullah Lubnan Sayyed Hassan Nasrallah diletakkan di bandar pelabuhan selatan Tyre, Lubnan. - Foto REUTERS
Papan tanda yang menggambarkan pemimpin Hizbullah Lubnan Sayyed Hassan Nasrallah diletakkan di bandar pelabuhan selatan Tyre, Lubnan. - Foto REUTERS

DUBAI: Hizbullah Lubnan hari ini mengesahkan bahawa pemimpinnya Sayyed Hassan Nasrallah terbunuh.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata ia akan meneruskan pertempurannya terhadap Israel 'untuk menyokong Gaza dan Palestin, dan dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya yang tabah dan terhormat'.

Israel hari ini berkata, ia telah membunuh Nasrallah dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut sehari sebelumnya.

TV Al-Manar Hizbullah mula menyiarkan ayat-ayat Al-Quran selepas pengumuman kematian Nasrallah. - REUTERS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo