Mengulas cadangan PAS itu, Pengarah FNF Golden Gate Sdn Bhd, Mujahid Che Hamid, berkata logo halal Malaysia sudah terkenal sebagai antara terbaik dan diyakini pengguna, dan sebarang perubahan hanya akan menimbulkan kekeliruan masyarakat dunia.
“Sebagai peniaga yang berada di pasaran, bila wujud rasis sebegitu, kita nak eksport pun akan jadi masalah sebab di luar pening kenapa dari Malaysia ada pelbagai warna halal.
Mereka pun akan keliru…tak perlu tukar dah, sebab logo halal Malaysia pun sangat bernilai dan dicari di seluruh dunia,katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Muktamar PAS ke-70 meluluskan usul tanpa bahas yang menggesa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) perkenal logo halal yang dapat membezakan produk makanan buatan syarikat Islam dan bukan Islam.
PAS Parit yang mengemukakan usul itu berkata pengenalan logo halal seperti itu membolehkan umat Islam tidak lagi berterusan dalam dilema dan keraguan berhubung status halal makanan dipasarkan.
Mujahid berkata, semua pihak wajar menitik beratkan isu kualiti dan kebersihan sesuatu produk, berbanding mencadangkan perkara yang remeh.
“Kenapa kita tak bersaing secara sihat di pasaran…kalau kita boleh tembusi pasaran dengan baik, kita boleh buat dengan kualiti yang baik, saya rasa tak ada isu barang tu tak boleh jual.
Jadi tak perlu nak beza-bezakan warna halal,
katanya.
Dalam pada itu, Mujahid berkata pihaknya menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024 untuk memperluaskan potensi termasuk menembusi pasaran halal antarabangsa.
Menurutnya, sasaran itu selari dengan langkah strategik syarikat yang kini agresif meneroka pasaran luar negara khususnya di Eropah, selain bersaing di pasaran tempatan.
Kita dapati negara-negara ini sangat berminat dengan produk daging Malaysia terutama yang mempunyai sijil halal seperti dimiliki produk Hamid’s Gourmet,katanya.
FNF Golden Gate Sdn Bhd, pengimport dan pengedar produk daging tempatan turut memperkenalkan produk terbaharu daging sedia dimakan bawah jenama Hamid’s Gourmet.
Makanan berasaskan daging 100% itu menawarkan enam jenis produk iaitu Wagyu Tomahawk, Smoked Beef, Beef Meatball, Chicken Green Curry, Chicken Meatball dan Beef Kofta.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment