NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Letak rokok di seksyen tak halal, Mohd Na’im sedia bincang dengan KPDN



BANGI – Ketetapan untuk menempatkan rokok di seksyen halal atau haram adalah bidang kuasa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Itu penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Bagaimanapun, menjawab pertanyaan media rokok sudah diwarta haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1995,  Mohd Na’im berkata, pihaknya akan berbincang dengan menteri terlibat, Datuk Armizan Mohd Ali.

“Itu di bawah bidang kuasa KPDN, nanti saya akan bincang isu itu, jadi daripada perspektif kita ialah bahagian Fatwa (pengharaman rokok) tersebut.

“Jadi sejauh mana hendak menentukan duduk dekat tempat seksyen halal atau tidak halal atau pun tidak yang itu di bawah kuasa KPDN, jadi saya akan bincang,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini.

Untuk rekod, rokok difatwakan haram dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 manakala vape diharamkan sejak 2015. 

Pada 28 November 2023, bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) dibentangkan di Dewan Rakyat oleh kerajaan pimpinan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menteri Kesihatan pada waktu itu, Khairy Jamaluddin pula menyifatkan kegagalan itu sebagai amat menyedihkan kerana beliau sudah berusaha mencari jalan bagi mengawal penjualan tembakau dan vape.

Berdasarkan RUU GEG sebelum ini dan dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 12 Jun tahun lalu, terdapat empat peruntukan berkaitan larangan dikenakan terhadap individu lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Ia merangkumi Perkara 13, 14, 18 dan 18, iaitu larangan penjualan produk tembakau, bahan merokok, merokok produk tembakau dan merokok pengganti tembakau bagi orang lahir 1 Januari 2007 serta seterusya.

Pada 18 November tahun lalu, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dipetik berkata, peruntukan di bawah RUU itu bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan memandangkan ia mewujudkan layanan undang-undang tidak sama rata antara seseorang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan individu dilahirkan pada dan selepas tarikh sama.

Terbaharu, Mac 2024, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan pengguguran peruntukan GEG dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo