Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Putrajaya hari ini supaya pihak polis dapat melaksanakan siasatan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta para pemimpin politik yang terlibat di dalam kemelut sokongan Akuan Surat (SD) pada Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 lalu.
Pada masa yang sama, Tun Faisal turut dipanggil oleh polis bagi memberi keterangan berhubung kenyataan yang dimuat naiknya di Facebook mengenai Zahid perlu disiasat kerana menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Katanya, sesi rakaman percakapan tersebut dibuat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media ‘Laporan Polis Berkaitan Kes Zahid Tipu Agong dan Intimidasi Terbaru Kerajaan Berkaitan Pendedahan Isu 115 SD dan penipuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya hari ini.
Jelasnya, terdapat intimidasi terbaru Kerajaan Perpaduan yang mahu menyekat kebebasan suara beliau dalam menyuarakan hal berkaitan urusan Pelantikan Perdana Menteri pada bulan November 2022 lalu.
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment