Oleh Wartawan TV Pertiwi
Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan mendakwa kontroversi yang melanda Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) bukanlah isu terpencil.
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata siasatan polis menjurus kepada pelbagai sudut maka orang ramai tidak wajar membuat spekulasi awal.
“Ia tidak sekadar satu, dua kes liwat yang diakui, ia juga melibatkan pengabaian kanak-kanak, penggajian buruh, pendidikan wajib dan ajaran sesat.
“Berkait juga amalan khurafat, pemisahan keluarga, hak kanak-kanak dan banyak lagi. Ia bukan isu terpencil. Biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan mereka.
“Jangan mendahului mereka. Melakarkan pandangan awam ketika ini akan hanya menambahkan kekeliruan,” coretnya di aplikasi Threads hari ini.
Timbalan Presiden Muafakat Nasional pada Isnin mendakwa kemelut yang melanda GISB sebagai isu terpencil dan tidak perlu diperbesarkan.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata GISB membawa imej Islam dan mereka yang terlibat hanya terdiri daripada kumpulan kecil.
“Yang kena itu sedikit sahaja, tidak ramai tetapi yang rosak itu Islam. Jadi saya minta media supaya berhati-hati. Kita tidak mahu kerbau bau lumpur hampir semua terpalit.
“Isu yang hendak ditangani itu yang kena itu sahaja. Jangan libatkan semua seolah-olah Islam begitu,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kajang, Selangor.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment