NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kewajiban sijil halal di restoran tidak menghormati kepelbagaian kaum - DAP




PETALING JAYA
Pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa, kata Teresa Kok.

Ahli Parlimen DAP berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.


Pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambah kos pentadbiran. Walaupun banyak restoran tidak menyediakan daging babi atau alkohol, mereka tidak memohon pensijilan halal termasuklah ribuan pengusaha restoran kecil Melayu,

 kata Ahli Parlimen Seputeh dalam kenyataan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.

Bagaimanapun, ia mengecualikan restoran menghidangkan daging babi atau minuman beralkohol.

Naim berkata, ketika ini proses untuk mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

Sementara itu, Kok berkata pensijilan halal dilihat menghalang kebebasan pilihan pengguna serta bertentangan semangat kepelbagaian budaya dalam negara.

Katanya, pengguna berhak memilih sama ada untuk mengunjungi restoran disahkan halal atau tidak.

“Pengawalan yang berlebihan ini bukan sahaja mengekang kebebasan pengurusan perniagaan tetapi juga tidak menghormati kehendak pengguna.

Campur tangan ini bertentangan semangat kebebasan ekonomi dan autonomi perniagaan yang sering dianjurkan oleh kerajaan, dan akan memberi kesan negatif kepada kerajaan perpaduan,

 katanya memaklumkan tindakan itu akan mencetuskan reaksi negatif malah mungkin memalukan negara di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya menumpukan usaha pemulihan ekonomi serta peningkatan kesejahteraan rakyat, bukan melaksanakan dasar pengawalan yang tidak perlu.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo